Timun antara ulaman yang mempunyai pelbagai khasiatnya. Berasal dari India dan ditanam kira-kira 3,000 tahun lalu. Timun berupaya mengekalkan kandungan alkali dalam darah. Disebabkan kandungan asidnya tinggi, timun membantu rawatan gastrik menerusi pengambilan jusnya. Campuran jusnya bersama beberapa bahan lain membantu masalah berkaitan asid urik seperti gout dan artritis.
Cekur atau nama saintifiknya, Kaempferia galanga turut mempunyai bau yang dapat membangkitkan selera. Rizom cekur berfungsi mengecutkan rahim, membuang angin dalam perut, mengubati sembelit, sakit kepala, sakit sendi dan melancarkan haid, membantu melegakan batuk dan mengurangkan bengkak & kebas otot. Kajian mendapati rizom cekur mempunyai sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere dan asid sinamik. Masyarakat Cina banyak menggunakan rizom cekur untuk mengubati sakit gigi serta menghilangkan kelemumur dan kutu kepala. Wanita Indonesia memanfaatkan cekur untuk memanaskan perut sewaktu lepas bersalin.
Ulam Raja kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan kalsium. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin ini mengeluarkan bau apabila daunnya diramas, tetapi ada yang gemar bau itu kerana ia pembuka selera. Ulam raja digunakan untuk memperbaiki peredaran darah serta menguatkan tulang di samping antioksida yang sangat tinggi. Biasanya pucuk atau daunnya yang muda dimakan dan ia boleh dicampur dengan ulaman lain dalam ramuan nasi ulam. Di samping beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, ulam raja yang banyak mengandungi air ini turut mempunyai protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium dan niasin.
Terdapat lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Antara ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja, kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad, kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyak lagi.
No comments:
New comments are not allowed.