Thursday, June 4, 2009

Wednesday, June 3, 2009

Langkah-langkah cemerlang

  1. Sentiasa melihat cahaya dari bayang-bayang sendiri
  2. Sentiasa bertaubat dan berbuat baik
  3. Sentiasa menjaga pancaindera seperti mata, mulut, telinga, hidung, tangan & kaki
  4. Sentiasa membentuk bahagia dalam keluarga/rumahtangga
  5. Sentiasa mengingatkan kebaikan dan melupakan keburukan yang ada
  6. Sentiasa bersikap positif dalam segala tindakan, perbuatan dan percakapan
  7. Sentiasa menjaga masa yang berkualiti
  8. Sentiasa muhasabah diri

Penggemar Ulam

Timun antara ulaman yang mempunyai pelbagai khasiatnya. Berasal dari India dan ditanam kira-kira 3,000 tahun lalu. Timun berupaya mengekalkan kandungan alkali dalam darah. Disebabkan kandungan asidnya tinggi, timun membantu rawatan gastrik menerusi pengambilan jusnya. Campuran jusnya bersama beberapa bahan lain membantu masalah berkaitan asid urik seperti gout dan artritis.

Cekur atau nama saintifiknya, Kaempferia galanga turut mempunyai bau yang dapat membangkitkan selera. Rizom cekur berfungsi mengecutkan rahim, membuang angin dalam perut, mengubati sembelit, sakit kepala, sakit sendi dan melancarkan haid, membantu melegakan batuk dan mengurangkan bengkak & kebas otot. Kajian mendapati rizom cekur mempunyai sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere dan asid sinamik. Masyarakat Cina banyak menggunakan rizom cekur untuk mengubati sakit gigi serta menghilangkan kelemumur dan kutu kepala. Wanita Indonesia memanfaatkan cekur untuk memanaskan perut sewaktu lepas bersalin.

Ulam Raja kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan kalsium. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin ini mengeluarkan bau apabila daunnya diramas, tetapi ada yang gemar bau itu kerana ia pembuka selera. Ulam raja digunakan untuk memperbaiki peredaran darah serta menguatkan tulang di samping antioksida yang sangat tinggi. Biasanya pucuk atau daunnya yang muda dimakan dan ia boleh dicampur dengan ulaman lain dalam ramuan nasi ulam. Di samping beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, ulam raja yang banyak mengandungi air ini turut mempunyai protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium dan niasin.

Terdapat lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga. Antara ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja, kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad, kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyak lagi.

Tuesday, June 2, 2009

AMALAN 10 PERKARA

  • HAK KEPADA DIRI - kurangankan tidur, kurangkan makan, kurangkan percakapan dan berpadu-pada dengan rezeki yang ada.
  • HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - mengkhada'kan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalim, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah SWT.
  • HAK KEPADA KUBOR - membuang tabiat suka menabur fitnah, membuat tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  • HAK KEPADA MUNKAR DAN NANKIR - tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • HAK KEPADA MIZAN (Neraca Timbangan) - menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
  • HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentang Neraka pada Hari Akhirat) - membuat tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  • HAK KEPADA MALIK (Penjaga Neraka) - menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW - berselawat ke atas Baginda, perpegang dengan syariat, bergantung kepada As-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah SWT.
  • HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat Penjaga Syurga) - berasa redha dengan Qadha' Allah SWT, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  • HAK KEPADA ALLAH SWT - mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.